Tuesday 3 September 2013

MESYUARAT AGONG SUTERA DAN JAMUAN HARI RAYA

Mesyuarat Agong SUTERA 2013 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh  :  3  September 2013
Masa  :  10:00 pagi
Tempat  :   Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE

Semua ahli dijemput hadir.

Pihak SUTERA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sila fikirkan calon Presiden anda untuk sesi akan datang. :)

SETIA BERSATU, BERGERAK MAJU

 

SUTERA UTHM bantu baikpulih rumah penduduk yang kurang bernasib baik




Impian sepasang suami isteri dan tiga anak mereka di Kampung Parit Yaani dekat sini yang hidup dalam serba kekurangan untuk tinggal di rumah yang lebih selesa akhirnya menjadi kenyataan.

Ini berikutan Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA) dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) UTHM telah menganjurkan Program Integrasi Erat 2 dengan membaik pulih rumah pasangan tersebut secara gotong-royong serta menyediakan keperluan dapur, perabot dan pakaian hari raya hasil sumbangan warga UTHM.
Presiden SUTERA, Pn Siti Masturah bt Jamegan bersama ahlinya  serta beberapa staf UTHM telah bertungkus lumus seawal jam 9.00 pagi dengan membersih, mengecat serta menghias rumah pasangan ini untuk memberi kejutan kepada anak-anak pasangan tersebut sekembalinya dari sekolah. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini telah menyuntik semangat sukarelawan untuk berbakti tanpa mengenal penat dan dahaga. Rumah yang sebelum ini kelihatan usang telah bertukar wajah menjadi lebih ceria.

Siti Masturah berkata, inisiatif untuk membaik pulih rumah pasangan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi SUTERA   selepas membuat tinjauan ke rumah berkenaan semasa Program Integrasi Erat 1 yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara UTHM dengan masyarakat setempat dengan memberi keselesaan kepada keluarga ini agar turut sama merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Hasil sumbangan warga UTHM yang berterusan samada dari segi kewangan mahupun barangan telah merealisasikan impian ini.

Sementara itu, En Roslan bin Bingan, dan isteri, yang mempunyai tiga anak berusia tujuh, sebelas dan dua belas tahun terharu dengan sumbangan tersebut yang disifatkan telah memberi sinar baharu dalam kehidupan mereka.  "Saya berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh pihak UTHM. Dengan adanya bantuan ini memberikan keselesaan dan kemeriahan hari raya  buat kami sekeluarga”.

PERSATUAN SETIAUSAHA UTHM (SUTERA) PERIHATIN GOLONGAN KURANG BERNASIB SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK





Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Persatuan Setiausaha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (SUTERA) dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program amal iaitu Program Integrasi Erat pada 4 Julai 2013 di Kampung Parit Yaani, Batu Pahat. Pengerusi SUTERA, Pn Siti Masturah bt Jamegan berkata program ini diadakan bagi  mengerat serta menjalin hubungan silaturrahim antara staf UTHM dengan masyarakat setempat selain menghulurkan bantuan keperluan harian bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan terutamanya menjelang bulan Ramadhan.

Program ini telah disempurnakan oleh Penasihat SUTERA, YBhg. Prof. Datin Dr. Maryati binti Mohamed. Di dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu di dalam mengubah kehidupan yang lebih baik dan peranan warga UTHM di dalam membantu masyarakat setempat. Beliau juga berharap program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Sebanyak 14 buah keluarga yang kurang bernasib di sekitar Kampung Parit Yaani telah menerima kunjungan ahli SUTERA dan juga staf UTHM yang  cukup perihatin dengan kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Salah seorang penerima sumbangan iaitu En Ahmad bin Bingan yang mengalami masalah penglihatan amat terharu dengan kunjungan dari warga UTHM. Barangan dan wang yang disumbangkan amat bernilai bagi menghadapi bulan Ramadhan Al Mubarak.

Monday 2 September 2013

HARI KELUARGA PERSATUAN SETIAUSAHA UTHM (SUTERA)



Selesai sudah satu program anjuran Persatuan Setiausaha UTHM 2013 yang berlangsung pada 29 ~ 30 Jun 2013 bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka. Hari Keluarga ini disambut meriah dengan tema semangat kesukanan bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Para peserta Hari Keluarga ini menjadi pemain ke 12 pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bila mengenakan jersi-jersi  JDT bermula dengan jersi berwarna merah pada hari pendaftaran dan pelbagai warna jersi JDT pada malam kemuncak iaitu Malam BBQ ‘JDT FAN NITE’.

Sukaneka yang diaturkan telah menarik minat ahli keluarga SUTERA termasuk kaum ibu dan bapa untuk menyertainya. Sorakan dari ‘pom-pom’ girl menggamatkan lagi acara-acara yang dipertandingkan terutamanya bagi acara kepit bola kaum ibu dan isi air dalam botol untuk kanak-kanak. Keseluruhannya setiap ahli dan keluarga SUTERA yang hadir memenangi hadiah-hadiah yang terdiri daripada alatulis, hamper, perkakasan dapur dan juga penginapan.

Malam kemuncak Hari Keluarga SUTERA 2013 adalam Malam BBQ “JDT FAN NITE” yang menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti mesin basuh, microwave, ‘steamer’ dan pelbagai barangan elektrik serta makanan BBQ yang menyelerakan. Malam tersebut telah disempurnakan oleh Pn Siti Masturah bt Jamegan, Presiden SUTERA yang di dalam ucapannya telah menekankan semangat kekeluargaan di kalangan ahli SUTERA. Akhirnya, hadiah cabutan bertuah berupa mesin basuh berserta penginapan 3H 2M di Palm Spring Resort telah dimenangi oleh Pn Juliana bt Sapuan.

Moga akhirnya, segala kelemahan dan kecacatan yang terserlah pada hari sebelum dan ketika kejadian, dapat dimaafkan, sebagai insan biasa, yang terbaik sentiasa saja diharapkan., namun kejayaan juga bergantung kepada kemampuan diri. Yang lebih penting, matlamat program ini diharap tercapai hendaknya. Amiin. Ironinya, rugi sapa yang tak datang …. :-)







Tuesday 25 June 2013

PROGRAM INTEGRASI ERAT




Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA) mengalu-alukan sumbangan / derma daripada semua.  

Salam Ramadhan al-Mubarak.