Thursday 16 May 2013

TAMPIL CANTIK DAN MENAWAN DI KURSUS TATARIAS SECARA PERSONAL

Kursus Personal dan Tatarias telah diadakan pada 26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan 5, UTHM.  Oleh kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta, kursus tersebut telah diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama diadakan pada jam 8.30 pagi - 11.00 pagi dan sesi kedua diadakan pada jam 2.30 petang - 5.00 petang.

Kursus ini dikendalikan oleh Pn Noora binti Abdul Shukor, Mary Kay Independent Senior Sales Director daripada Putrajaya.  Pn Noora menyertai Mary Kay pada September 2007 dan beliau banyak pengalaman untuk berkongsi tips dan teknik solekan dengan para peserta.

Bagi menjadikan kursus ini lebih berkesan, para peserta dibekalkan dengan set lengkap percubaan Mary Kay yang terdiri daripada freshener, hydrate, eye color, blusher, foundation, lipstik dan lain-lain lagi peralatan untuk menatarias. Bermula dengan membersihkan wajah daripada kesan solekan, kemudian peserta diajar langkah demi langkah dengan teknik solekan yang betul.  Para peserta kelihatan sangat teruja apabila melihat wajah masing-masing kelihatan berubah menjadi lebih menawan.

Diakhir kursus ini diharapkan para peserta mampu menatarias wajah sendiri serta  dapat mengaplikasikan teknik dan kesesuaian untuk ke pejabat, majlis rasmi atau keramaian.