Tuesday 22 July 2014

SEMINAR SEHARI MEMPERKASA DIRI : PENJAWAT AWAM ERA BARU

Assalamualaikum wbt...


Pada 23 Jun 2014 (Isnin) telah selamat berlangsung Seminar Sehari Memperkasa Diri: Penjawat Awam Era Baru sempena United Nations Public  Service Day 2014 bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Aminah, UTHM. Seminar dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor, UTHM.  Seminar ini telah dirasmikan oleh Yg Berusaha Pendaftar UTHM.

Setiausaha Pejabat adalah antara senarai peserta yang terpilih untuk turut serta dalam progam ini.  Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran di kalangan staf Universiti ini mengenai perkembangan semasa perkhidmatan pelanggan yang berkesan, membina imej unggul dan membantu meningkatkan tahap motivasi di kalangan staf dalam menyumbang khidmat kerjaya yang terbaik kepada Universiti.





















Thursday 3 July 2014

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum wbt kepada semua ahli Sutera...

Ramadhan bulan yang mulia... bulan penuh keberkatan telah tiba...Pejam celik pejam celik sudah 5 hari kita berpuasa. Rasanya masih belum terlewat untuk kami Ahli Jawatankuasa Tertinggi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli Sutera.  

Dikesempatan ini, kami ingin memohon maaf di atas segala kesalahan, baik yang sengaja ataupun yang tidak sengaja. Semoga segala amalan kita dibulan Ramadhan diterima oleh Allah dan semoga kita semua dirahmati olehNya didunia mahupun di akhirat kelak... Ameen...

Salam Ramadhan Al Mubarak.. 

JUALAN JUMBO SALE SUTERA TAHUN 2014




Assalamualaikum warga Sutera....

Pada 17 Mac 2014 (Isnin), Persatuan Sutera UTHM telah mengadakan Jualan Jumbo Sales   di Dataran Terbuka, UTHM.  Tujuan jualan ini diadakan adalah untuk menjana kewangan Persatuan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan staf UTHM.  Selain itu, program ini juga menggalakkan staf mengitar semula dan menghargai barang-barang terpakai. 

Promosi mengenai Jualan Jumbo Sales ini telah dibuat seawal seminggu melalui pengedaran brosur, makluman di email staf dan juga paparan di skrin mesin pengimbas kedatangan.  Semua ahli Persatuan telah turun padang bersama-sama menggembeling tenaga untuk hadir menjaga gerai mengikut jadual yang telah disediakan. 

Pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan.  Antara barangan  yang dijual adalah pakaian dan beg tangan terpakai, pewangi kereta, barangan Tupperware, biskut dan kek mini serta buah-buahan. 
 
Sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.  Ternyata program seperti ini mampu menarik ramai staf yang ingin memiliki barangan mampu milik dan memberi  idea kepada beberapa persatuan yang lain untuk menganjurkan aktiviti yang sama seperti ini. 

Berikut adalah beberapa gambar menarik semasa program ini berlangsung.



Barangan Tupperware
Barangan kanak-kanak
Biskut dan kek mini
Pelbagai minuman
Pakaian terpakai
Beg tangan terpakai
Pewangi kereta
Produk tempatan