Thursday 28 February 2013

KAUNTER SUTERA SEMPENA HARI TERBUKA KSKUiTTHO

13 Julai 2012, SUTERA telah mengadakan Sesi Ramah Mesra dan Jualan Kaunter SUTERA bersempena dengan Hari Terbuka KSKUiTTHO.  Pembukaan kaunter SUTERA terdiri dari 3 bahagian iaitu Kaunter Jualan, Kaunter Trengkas dan Kaunter Fast Typing.  

Kaunter Trengkas menawarkan cara-cara untuk menulis dengan lebih pantas dengan membuat gurisan  dan ramai pengunjung telah mencuba untuk membuat nama sendiri dalam bentuk gurisan trengkas.Y.Bhg. Prof. dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor dan Y.Bhg. Prof. Datin Maryati Mohamed, Penasihat SUTERA juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba  membuat gurisan nama mereka.  Kaunter ini telah mendapat sambutan yang hangat dan pemberian cenderahati diberikan kepada semua pengunjung.

Kaunter Fast Typing pula telah mengadakan peraduan Fast Typing yang terbuka kepada semua pengunjung yang menawarkan hamper kepada pemenang.  Pengunjung juga didedahkan dengan teknik-teknik untuk menaip dengan pantas. 

Pelbagai barangan yang dijual di Kaunter Jualan termasuklah makanan, pakaian, tudung, kasut, pakaian kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.  

Kaunter SUTERA ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. 



Wednesday 27 February 2013

JUALAN JUMBO

Pada 23 April 2012, Biro Ekonomi SUTERA telah mengadakan Jualan Jumbo bersempena dengan Minggu Setiausaha 2012 bertempat  di ruang legar Perpustakaan.

Antara barangan yang dijual adalah makanan, pakaian kanak-kanak berjenama, kain-kain ela, barangan kosmetik, pinggan mangkuk dan juga barangan terpakai seperti pakaian, kasut, baju kurung, pakaian kanak-kanak dan lain-lain.  Segala barangan adalah sumbangan daripada ahli SUTERA  dan juga daripada pihak luar.
antara barangan yang dijual



Selain daripada dapat menjana ekonomi dan tabung SUTERA, aktiviti seperti ini juga telah menampakkan kerjasama yang padu diantara ahli.

Pihak SUTERA amat berterima kasih kepada semua ahli dan juga staf serta pelajar UTHM kerana menyokong Jualan Jumbo ini. 

Jasamu Dikenang. :)