Thursday 28 February 2013

KAUNTER SUTERA SEMPENA HARI TERBUKA KSKUiTTHO

13 Julai 2012, SUTERA telah mengadakan Sesi Ramah Mesra dan Jualan Kaunter SUTERA bersempena dengan Hari Terbuka KSKUiTTHO.  Pembukaan kaunter SUTERA terdiri dari 3 bahagian iaitu Kaunter Jualan, Kaunter Trengkas dan Kaunter Fast Typing.  

Kaunter Trengkas menawarkan cara-cara untuk menulis dengan lebih pantas dengan membuat gurisan  dan ramai pengunjung telah mencuba untuk membuat nama sendiri dalam bentuk gurisan trengkas.Y.Bhg. Prof. dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor dan Y.Bhg. Prof. Datin Maryati Mohamed, Penasihat SUTERA juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba  membuat gurisan nama mereka.  Kaunter ini telah mendapat sambutan yang hangat dan pemberian cenderahati diberikan kepada semua pengunjung.

Kaunter Fast Typing pula telah mengadakan peraduan Fast Typing yang terbuka kepada semua pengunjung yang menawarkan hamper kepada pemenang.  Pengunjung juga didedahkan dengan teknik-teknik untuk menaip dengan pantas. 

Pelbagai barangan yang dijual di Kaunter Jualan termasuklah makanan, pakaian, tudung, kasut, pakaian kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.  

Kaunter SUTERA ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. 



No comments: