Lawatan ke Universal Studio Singapore telah diadakan pada 22 November 2012 adalah program anjuran bersama Persatuan Setiausaha Pejabat UTHM dan KSKUiTHO. Seramai 75 orang ahli Persatuan Setiausaha Pejabat UTHM dan ahli KSKUiTTHO serta keluarga telah menyertai lawatan ini dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh pihak agensi pelancongan.
Bas bertolak pada jam 6.30 pagi dari UTHM dan berhenti untuk sarapan pagi di R&R Gelang Patah sebelum menuju ke Singapura dengan melalui Lebuhraya Second Link. Setelah segala urusan di Imigresen selesai kami tiba di USS lebih kurang jam 10.00 pagi. Kami amat bernasib baik kerana hari tersebut merupakan hari bekerja bagi warga Singapura dan kami tidak perlu beratur panjang untuk setiap permainan. Cuaca pada hari tersebut juga sangat menyebelahi kami.
Universal Studio Singapore terbahagi kepada beberapa theme zone antaranya Hollywood, New York, Sci-Fi City, Far Far Away, Ancient Egypt, The Lost World dan Madagascar. Pelbagai permainan dan persembahan sangat sesuai untuk lapisan usia dan seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment