Thursday 3 July 2014

JUALAN JUMBO SALE SUTERA TAHUN 2014




Assalamualaikum warga Sutera....

Pada 17 Mac 2014 (Isnin), Persatuan Sutera UTHM telah mengadakan Jualan Jumbo Sales   di Dataran Terbuka, UTHM.  Tujuan jualan ini diadakan adalah untuk menjana kewangan Persatuan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan staf UTHM.  Selain itu, program ini juga menggalakkan staf mengitar semula dan menghargai barang-barang terpakai. 

Promosi mengenai Jualan Jumbo Sales ini telah dibuat seawal seminggu melalui pengedaran brosur, makluman di email staf dan juga paparan di skrin mesin pengimbas kedatangan.  Semua ahli Persatuan telah turun padang bersama-sama menggembeling tenaga untuk hadir menjaga gerai mengikut jadual yang telah disediakan. 

Pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan.  Antara barangan  yang dijual adalah pakaian dan beg tangan terpakai, pewangi kereta, barangan Tupperware, biskut dan kek mini serta buah-buahan. 
 
Sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.  Ternyata program seperti ini mampu menarik ramai staf yang ingin memiliki barangan mampu milik dan memberi  idea kepada beberapa persatuan yang lain untuk menganjurkan aktiviti yang sama seperti ini. 

Berikut adalah beberapa gambar menarik semasa program ini berlangsung.



Barangan Tupperware
Barangan kanak-kanak
Biskut dan kek mini
Pelbagai minuman
Pakaian terpakai
Beg tangan terpakai
Pewangi kereta
Produk tempatan










No comments: