Monday 13 April 2015

MINGGU SETIAUSAHA DATANG LAGI... HAPPY SECRETARY'S WEEK 2015!

Assalamualaikum wbt...

Minggu Setiausaha datang lagi....Sambutan Minggu Setiausaha sudah menjadi seperti acara wajib yang diadakan setiap tahun.  Bulan April adalah merupakan bulan teristimewa dan amat dinanti-nantikan oleh para Setiausaha.  


Seperti yang kita sedia maklum,  Setiausaha adalah merupakan tulang belakang kepada sesebuah jabatan atau institusi.  Sifat amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan menjadi tunggak utama kepada kerjaya Setiausaha dan bukanlah mudah untuk menggalas jawatan ini.  Diibaratkan ‘orang kanan’ kepada ketuanya, Setiausaha juga perlu berjiwa kental dan mempunyai semangat yang kuat untuk berhadapan dengan tekanan terutama daripada ketua mereka sendiri.

Bagi meraikan Setiausaha di UTHM, bersempena dengan Minggu Setiausaha 2015, Kelab SUTERA UTHM akan mengadakan Happy Secretary's Day pada 21 April 2015 jam 2.00 petang bertempat  di Dewan 1, UTHM.  Beberapa acara menarik seperti Talentime akan diadakan bersempena dengan majlis tersebut. 

Tujuan SUTERA mengadakan Majlis Happy Secretary's Day ini adalah untuk memberi penghargaan kepada kita semua di atas segala penat lelah kita menjalankan tugas sebagai Setiausaha disamping menaikkan motivasi kita untuk terus bekerja dengan lebih produktif. Sehubungan dengan itu, semua ahli SUTERA dengan sukacitanya dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.  Semoga majlis ini akan lebih mengeratkan silaturrahim sesama ahli SUTERA dan semoga ianya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan oleh Allah SWT...AMEEN...  







Berikut merupakan beberapa keping gambar Hi Tea Sutera yang telah diadakan pada tahun lepas iaitu pada 4 Mei 2014. 






















































No comments: