Monday 2 September 2013

HARI KELUARGA PERSATUAN SETIAUSAHA UTHM (SUTERA)



Selesai sudah satu program anjuran Persatuan Setiausaha UTHM 2013 yang berlangsung pada 29 ~ 30 Jun 2013 bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka. Hari Keluarga ini disambut meriah dengan tema semangat kesukanan bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Para peserta Hari Keluarga ini menjadi pemain ke 12 pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bila mengenakan jersi-jersi  JDT bermula dengan jersi berwarna merah pada hari pendaftaran dan pelbagai warna jersi JDT pada malam kemuncak iaitu Malam BBQ ‘JDT FAN NITE’.

Sukaneka yang diaturkan telah menarik minat ahli keluarga SUTERA termasuk kaum ibu dan bapa untuk menyertainya. Sorakan dari ‘pom-pom’ girl menggamatkan lagi acara-acara yang dipertandingkan terutamanya bagi acara kepit bola kaum ibu dan isi air dalam botol untuk kanak-kanak. Keseluruhannya setiap ahli dan keluarga SUTERA yang hadir memenangi hadiah-hadiah yang terdiri daripada alatulis, hamper, perkakasan dapur dan juga penginapan.

Malam kemuncak Hari Keluarga SUTERA 2013 adalam Malam BBQ “JDT FAN NITE” yang menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti mesin basuh, microwave, ‘steamer’ dan pelbagai barangan elektrik serta makanan BBQ yang menyelerakan. Malam tersebut telah disempurnakan oleh Pn Siti Masturah bt Jamegan, Presiden SUTERA yang di dalam ucapannya telah menekankan semangat kekeluargaan di kalangan ahli SUTERA. Akhirnya, hadiah cabutan bertuah berupa mesin basuh berserta penginapan 3H 2M di Palm Spring Resort telah dimenangi oleh Pn Juliana bt Sapuan.

Moga akhirnya, segala kelemahan dan kecacatan yang terserlah pada hari sebelum dan ketika kejadian, dapat dimaafkan, sebagai insan biasa, yang terbaik sentiasa saja diharapkan., namun kejayaan juga bergantung kepada kemampuan diri. Yang lebih penting, matlamat program ini diharap tercapai hendaknya. Amiin. Ironinya, rugi sapa yang tak datang …. :-)







No comments: