Tuesday, 3 September 2013

PERSATUAN SETIAUSAHA UTHM (SUTERA) PERIHATIN GOLONGAN KURANG BERNASIB SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK





Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Persatuan Setiausaha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (SUTERA) dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program amal iaitu Program Integrasi Erat pada 4 Julai 2013 di Kampung Parit Yaani, Batu Pahat. Pengerusi SUTERA, Pn Siti Masturah bt Jamegan berkata program ini diadakan bagi  mengerat serta menjalin hubungan silaturrahim antara staf UTHM dengan masyarakat setempat selain menghulurkan bantuan keperluan harian bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan terutamanya menjelang bulan Ramadhan.

Program ini telah disempurnakan oleh Penasihat SUTERA, YBhg. Prof. Datin Dr. Maryati binti Mohamed. Di dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu di dalam mengubah kehidupan yang lebih baik dan peranan warga UTHM di dalam membantu masyarakat setempat. Beliau juga berharap program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Sebanyak 14 buah keluarga yang kurang bernasib di sekitar Kampung Parit Yaani telah menerima kunjungan ahli SUTERA dan juga staf UTHM yang  cukup perihatin dengan kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Salah seorang penerima sumbangan iaitu En Ahmad bin Bingan yang mengalami masalah penglihatan amat terharu dengan kunjungan dari warga UTHM. Barangan dan wang yang disumbangkan amat bernilai bagi menghadapi bulan Ramadhan Al Mubarak.

No comments: